15 TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG & 20 LOKASI MENARIK SEKITAR KOTA KINABALU-KUNDASANG (EDISI 2018-2019)

15 TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG & 20 LOKASI MENARIK SEKITAR KOTA KINABALU-KUNDASANG
(EDISI 2018-2019)

Kota Kinabalu tour package 0168818153
Gunung Kinabalu, Sabah

(Baco, jangan tak baco…!)

Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.

Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.

Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun tanpa ada pemandu pelancong!

1.Tempah Hotel/Homestay untuk 1 malam di Kundasang.

 Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.

Tempah hotel/homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.

TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!

P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.

2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.

Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.

TIPS – Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.

3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park

TIPS – Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.

TIPS – Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.

4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang Anda sudah tempah.

TIPS – Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.

Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana Anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!

5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.

TIPS – Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak
6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.

TIPS – Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menaiki canopy walk. Perjalanan ke canopy walk ala-ala jungle treking. Pastikan anda tidak memakai Kasut Tumit ya?? 😉

7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!

8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.

TIPS – singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.

TIPS TAMBAHAN.

Jika anda menyewa Van Highroof, tidak kira Nissan Urvan atau Toyota Hiace, kebanyakkan shopping complex dan parking lot persendirian tidak membenarkan kenderaan van ini parking di dalam, ini kerana keadaan bumbung van yang tinggi, so kena hati-hati jika nak parking. Jika anda sewa kenderaan sekali driver, tu takde masalah, river dah tau nak parking kat mana. 😀

Pastikan kenderaan yang anda sewa tu sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakan pelancong menyewa kenderaan tdak memikirkan luggage yang mereka bawa. Contohnya, nak bercuti 7 orang dewasa, sewa MPV 7 seater, tapi x ingat atau ‘terlupa’ luggage pun dah ada 7, so memang tak muat dan tak selesa jika nak berhimpit-himpit dengan luggage! Paling bagus, sewa Van terus.
Pastikan juga kenderaan yang disewa dalam keadaan baik dan selamat, seperti tayar yang masih elok bunganya, signal dan hon berfungsi dengan baik dan sebagainya.

Jika anda membeli barang basah di Pasar Besar Kota Kinabalu untuk dibawa naik ke Kundasang, pastikan anda sendiri yang pilih makanan laut tu, contohnya seperti sotong. memang nampak segar dan saiz pun besar, tapi bila kita minta peniaga untuk ambil dan timbang, ada segelintir peniaga (bukan semua) yang akan mengambil kesempatan dengan memuatkan sotong yang tidak segar dan bukan saiz yang kita kehendaki ke dalam bakul plastik! So, kena berhati-hati, apa yang anda nampak dan nak beli, pastikan peniaga tersebut tidak menukar dengan yang lain.

Jika anda dah sampai lewat petang di Kota Kinabalu (kebanyakan kes flight delay), adalah lebih baik bermalam dulu di Kota Kinabalu. Keesokan hari barulah meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Jika anda berhajat nak pegi bercuti di Pulau Tunku Abdul Rahman, parking ada disediakan bersebelahan dengan Jeti Jesselton, lagi selamat! Ada juga guest kami yang pernah kami dengar, parking kat kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu, memang jauh lagi la nak menapak ke Jeti tu.

Jangan parking di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu dekat bawah jambatan jika anda nak tinggalkan kereta sewa anda sehingga malam! ini kerana, pada waktu petang, kawasan bawah jambatan tu ada orang meniaga pasar malam, so gerenti kereta sewa korang tak akan dapat keluar dari kawasan pasar malam tu, terpaksa la kena tunggu sehingga pasar malam tu habis, baru boleh ambil kereta balik.

Jika anda menyewa kenderaan di Kota Kinabalu, pastikan anda beli Kupon parking yang berharga RM5 dan RM10. Kupon parking ini mestilah dipamerkan di hadapan kenderaan dan gores waktu dan masa yang sesuai. Jika tidak, mungkin anda akan disaman oleh pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

20 TEMPAT MENARIK DI SEKITAR KOTA KINABALU-KUNDASANG
============================

1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang.
2. Kinabalu Heritage Park.
3. Pekan Nabalu.
4. War Memorial Kundasang.
5. Poring Hotspring.
6. Fishspa Luanti.
7. Sabah Tea.
8. Signal Hill Kota Kinabalu.
9. Masjid Terapung Kota Kinabalu.
10. Pantai Tanjung Aru.
11. Bulatan Todak.
12. Jamilah Jewellery.
13. Filipino Market.
14. Muzium Sabah.
15. Kokol Hill.
16. Rumah Terbalik Tamparuli.
17. Jambatan Tergantung Tamparuli.
18. Cowboy Town Tuaran.
19. Menara Tun Mustafa
20. Pulau Tunku Abdul Rahman

*Jika ANDA rasa TIPS ini berguna, sila “LIKE” atau “SHARE” dengan kengkawan.

Terima Kasih

**Untuk pertanyaan Hubungi kami di :

http://pakejcutisabah.wasap.my/
http://pakejcutisabah.wasap.my/
http://pakejcutisabah.wasap.my/

atau emel kami di suzaholidays@gmail.com

cutikinabalu.com

#pakejcutisabah #pakejcutikundasang #pakejcutikotakinabalu#sabahtourpackage

Author: Sabah Holiday Package

We are local Company based in Kota Kinabalu, Sabah. We provide service Package - Kota Kinabalu Hotel & Homestay, Kundasang Hotel & Homestay, Selfdrive Transport, Van & coach Charter, Travel & Tour in Borneo, Sabah.

One thought on “15 TIPS PERCUTIAN KE KUNDASANG & 20 LOKASI MENARIK SEKITAR KOTA KINABALU-KUNDASANG (EDISI 2018-2019)”

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started